Activity
Activity
Activity
konvo al huffa
Latest NEWS
MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN HUFFAZ
5 orang pelajar baitul ehsan yang sudah tamat hafazan Al-Quran 30 juzuk telah menyertai MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HUFFAZ 2023/2024 untuk penghargaan dan mendapatkan sijil/syahadah khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk daripada PITAS.
TAJ ALWIQAR
Latest NEWS
MUSABQAH TAJ AL-WEQAR
15 Pelajar lelaki dan perempuan Baitul Ehsan Al-Khairi telah menyertai musabaqah hafazan Al-Quran yang dianjurkan oleh AL-AQSA INTAGRATED SCHOOL, Dan Alhamdulillah 3 orang daripada mereka telah mendapat juara 1,2&3.
REHLAH KE KUANTAN
Latest NEWS
REHLAH KE KUANTAN
Alhamdulillah pada tahun ini kami telah ditaja oleh beberapa orang penderma setia baitul ehsan untuk rehlah kali ini ke TIMUR BAY RESORT di kuantan,pahang. rehlah ini telah membuatkan semua anak-anak pelajar baitul ehsan sangat gembira dan menjadi motivasi untuk meneruskan perjuangan
Slide
selamat datang
WELCOME
Slide
Peperiksaan Akhir tahun semester 2 - 2025
Semoga Allah merahmati dan memberkati semua warga Baitul Ehsan
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Shadow

BAITUL EHSAN AL-KHAIRI

Baitul Ehsan adalah sebuah rumah perlindungan yang ditubuhkan untuk membantu anak yatim, fakir miskin, gelandangan, dan saudara baru. Rumah ini juga memberikan sokongan kepada anak-anak yang menghadapi kesulitan dalam mendapatkan pendidikan, termasuk pelarian dan mereka yang mengalami masalah dokumen.​

BAITUL EHSAN AL-KHAIRI (BAEK)

LEBIH DARI 24 TAHUN

 

Fokus utama di Baitul Ehsan adalah pendidikan, dengan pengajaran melalui sistem homeschooling yang merangkumi hafazan al-Quran dan pengajian Islam. Pendekatan ini membolehkan anak-anak menghafaz al-Quran dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.​

Seiring dengan pertambahan anak-anak, rumah ini telah berkembang untuk menampung lebih ramai penghuni. Dengan sokongan jiran dan masyarakat, Baitul Ehsan berjaya mendapatkan rumah yang lebih besar dan selesa untuk kesejahteraan semua anak-anak.​

PROFILE BAITUL EHSAN AL-KHAIRI

Alhamdulillahl Rabbil ‘Alamin. Selawat dan salam ke atas Nabl
klta Muhammad, ahli keluarga, serta para sahabat baginda sekallan. Amma ba’du:
Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi mula beroperasi pada tahun 2000 dengan tujuan untuk membantu dan memelihara golongan Asnaf seperti anak-anak yatim, fakir miskin, saudara baru, dan ibu tunggal.

Walaupun pertubuhan ini hanya didaftarkan secara rasmi pada tahun 2012, usaha murni ini telah pun berlangsung selama 24 tahun di bawah kelolaan…

Bersama Membina Harapan dan Masa Depan

Baitul Ehsan Al-Khairi berusaha menyediakan persekitaran yang selamat dan menyokong bagi golongan yang memerlukan melalui projek pembangunan yang berterusan. Sumbangan anda membantu dalam pembinaan kemudahan pendidikan dan penginapan, memberikan peluang lebih baik kepada anak yatim, fakir miskin, dan masyarakat secara keseluruhan. Setiap sumbangan, walaupun kecil, membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Mari bersama menyumbang dan membina masa depan yang lebih cerah untuk semua!

INFO & AKTIVTI

AKTIVITI KAMI

Pelbagai Aktiviti dan Pertandingan Al-Quran yang Mendorong Semangat dan Minat untuk Mendalami Al-Quran serta Pembelajaran di Baitul Ehsan Al-Khairi

Hubungi kami:

- Hj. Omar Bin Ab.Ghani
+60 13-3409 842

- Ust.Aizat Omar
+60 17-2099 443

- Hjh.Azizah Binti Sa'ad
+60 13-3946 630

Sebarang maklumat:

baitulehsan_alkhairi@yahoo.com
Baitulehsan123@gmail.com





ms_MYMalay